Sunday, October 21, 2012

Kehidupan Sebagai Seorang Pelajar

Nizam GTZ kini telah menyambung pengajiannya di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dalam jurusan Diploma Pendidikan (Lanjutan)...

Agak berat sebenarnya setelah lama bertugas di sekolah-sekolah, kemudian kena sambung balik belajar, namun aku teruskan jua hasrat untuk sambung belajar demi perjuangan mendidik anak bangsa... hehehe

Picture credited to http://psychologicallyrelevant.blogspot.com/2010/09/forget-what-you-know-about-good-study.html


Setelah lebih setahun tak update blog, kini aku cuba memeriahkan dunia blogger ni balik... apakah khabar kawan2 blogger kat luar sana agaknya?? Hmm... Oleh sebab kini terlalu banyak sangat assignment yang kena buat, so memang susah lar nak update blog ni... huhu

Takper, aku cuba cari masa untuk update kisah2 kami sebagai pelajar DPLI yang agak sibuk tapi meriah... Bayangkan macam minggu ni jer, kena pergi ke ADTEC (Pusat Latihan Teknologi Tinggi) Batu Pahat buat lawatan, pastu kena pergi Town and Gown UTHm dkt dataran Penggaram Batu Pahat... Skrg kena sambung buat 4 assignment yang kena submit minggu depan.. eh? 6 sebenarnya.. Arghhh!!! lupa dah... hahaha

Takper, dengan usaha dan sokongan rakan sekelas dan sepengajian, akanku kuatkan kaki ini melangkah lebih jauh lagi demi perjuangan di medan ilmu ini... Moga aku terus tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan hidup ini...

No comments:

Post a Comment

Sila komen dengan berhemah.. Terima kasih