Wednesday, October 24, 2012

Best Moment in My Life

Gambar kredit to: Google Image
 The best moment in my life... wah, tajuk nak gempak... hehe

The best moment in my life ialah apabila aku jumpa dengan seorang gadis... Aku suka dengan sikap dia yang cool, selalu tersenyum dan ada sikit kechemistrian bila aku bersama ngan dia...

Then, aku approach dia... Dia menerima aku dalam hidup dia sebulan kemudian... Rupa-rupanya, dia pun suka kat aku gak.. kitorang pun menjalinkan hubungan yang akrab... hanya perasaan jer ok, tak pernah nak sentuh dia... sebab aku hormat dia sebagai wanita...

Aku suka lihat dia.. entah aku pun tak tahu.. One moment, dorang buat pementasan teater (kena paksa sebab kokurikulum berkredit)... then, aku datang tengok... Masa aku nak blah tu, aku masuk balik dan aku lihat dia mencari-cari sesuatu... Apabila dia pandang aku, dia senyum dan buat 'peace'... aku rasakan dia pun suka kat aku sangat... (masa ni blum declare lagi)

Pastu, hari jadi dia, aku bagi hadiah (sebelum 12 tgh malam hari jadi dia haha)... malam masa hari jadi dia, dia kena bantu krew teater kat dewan kuliah... Then, habis jer teater aku jumpa dia kat luar... dia melemparkan satu senyuman yang paling manis... aku rasa itulah best moment aku dalam dunia ni... sebelum ni aku tak pernah faham erti cinta... Kini barulah aku tahu apa itu arti cinta.

Masa hari jadi aku, dia berikan hadiah yang sangat bermakna, aku sangat hargainya... sempat gak ajak keluar makan... dating kat kedai makan, dengan kawan2 sumer... indah betul dunia aku masa tu...

Kemudian, cuti sem... aku balik kampung aku, dia pun balik kampung dia (yerlah takkan dia nak terperuk kat UTHM plak).. hahaha... Masa tu aku mesej2 ngan dia, dia busy jaga opah dia... aku cuba faham.. tapi, ada satu masa aku tak boleh nak faham, aku mesej yang bukan2...

Naik semester baru, aku bagai berjumpa dengan dia yang baru... dia tak endahkan dah aku... aku pandang dia, tapi dia melemparkan renungan benci kat aku... pastu kami satu kumpulan dalam satu subjek... satu hari tu aku tanya dia dengan baik pasal assignment, dia hamburkan aku dengan nada marah dan sangat geram... dua kali dia cakap ngan aku dengan nada tinggi macam tu... Hurm...

Aku tak tahulah, selama ni aku menaruh harapan sebab aku jumpa dengan orang yang aku minat sangat-sangat... Tiba-tiba dia berubah seperti menjadi orang lain terhadap aku... Masa aku present pun dia taknak pandang depan, jeling2 marah dan buat kerja lain... Hurm... Lantak kau lah pompuan... aku pun dah malas dah...

Mungkin aku yang bersalah dalam kes ni, takper, aku akan kuatkan kakiku berdiri dan terus melangkah membuat assignment dan ujian dengan jayanya.. aku akan buktikan yg aku boleh dapat perfect dalam Sem ni... Aku rasa tercabar dan marah, tapi aku tak pernah nak salahkan dia... semuanya aku salahkan diri aku sendiri...

Biarkan sahaja ianya berlalu, mungkin aku tak sesuai dan tak layak untuk dirinya, tapi aku harap dia akan berjumpa dengan orang yang boleh membimbing dia ke jalan yang diredhai ALLAH...

Akanku abadikan kenangan terindah ini dalam lubuk hatiku (kesian kan?? Umur dah 28 baru nak belajar bercinta)... dan aku mesti cari moment lain yang lebih indah dari kenangan ini... huhu...