Thursday, May 23, 2013

Najwa Latiff AdaMU - Live Cover by Light of Heaven

Selamat sejahtera,

Video di bawah ini adalah dipersembahkan oleh Band Light of Heaven yang dianggotai oleh pelajar-pelajar Tingkatan 5 SMK (P) Methodist, Melaka...

Mula-mula dengar bunyik gitar macam lagu Zombie (The Cranberries) hehe... pastu vokalis plak lupa lirik.. nervous kot...

then dengar bunyik sorak lagi kuat hahaha!!!

Apapun, tahniah di atas persembahan yg agak lain dari yang lain... =)))




Tuesday, May 21, 2013

Video Program Seminar Pecutan Akhir SPM 2011 SMK Munshi Abdullah dan Pusat Tusyen Bistari

 

Salam,

Maaf kerana lambat menguploadkan video program tersebut. Hehe..

Moga ia menjadi kenangan yang terindah dalam Seminar tersebut…

 

Video 1

Video 2

Video 3
Ending

 

Semoga pelajar-pelajar semua sentiasa berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi…

Wednesday, May 15, 2013

Selamat Hari Guru…

Kepada semua guru, Selamat Menyambut Hari Guru Se-Malaysia 16 Mei 2013… Guru merupakan seorang yang memegang profesyen yang sangat penting, kerana jika tersilap seorang guru, maka rosaklah satu generasi… Oleh iti, guru mestilah menjadi tonggak yang sangat penting dalam sesebuah masyarakat…

sekolah

 

Guru ialah pembimbing dan pendidik yang menerangkan tentang ilmu dan kehidupan…

Guru ialah pembela dan pejuang dalam meningkatkan akhlak, emosi dan rohani pelajar-pelajar…

Guru ialah agen perpaduan yang menyatupadukan pelajar-pelajar berbilang kaum

Guru ialah pengasuh yang perlu menunggu pelajar dari pagi sampailah habis aktiviti petang

Guru ialah polis yang mengawal dan mengajar pelajar dengan disiplin.

Guru ialah pemimpin dan pengurus yang menguruskan sesebuah bilik darjah

Guru ialah agen perubahan yang dapat mengubah mentaliti masyarakat ke arah kejayaan

Guru ialah pengawal dan pemeriksa yang perlu berjaga malam menyiapkan laporan, menanda buku, markah dan PBS

Pendek kata, guru mestilah menjadi lilin yang sebenar… menerangi kegelapan hati pelajar-pelajar agar menjadi insan berguna…

DSC00607DSC01038DSC01067DSC01089DSC01275DSC01342

DSC01544DSC01633

Gambars: Warna-warni perguruan… *Klik gambar untuk melihat gambar yang lebih besar…

Monday, May 13, 2013

Cuba Menggunakan Windows Live Writer (WLW) dkat Lappy Baru

Salam… Saya sedang setup semula WLW di blog ni haa… jap try pos gambar dkt skydrive…

ok…. TRY INSERT video plak… huhu… kena install plug-in pulakkk

Selamat Menyambut Peperiksaan Pertengahan Tahun...

gambar kredit kepada: http://nurafiqah92.blogspot.com/2012/12/exam-fever.html

KepADA semua pelajar yang menghadapi Peperiksaan Sekarang... Selamat Maju Jaya... MOga dapat jawab dengan tenang... dan dapat Keputusan Yang terbaik..

Saturday, May 11, 2013

KATAK - Persekitaran Pembelajaran Virtual (Melompat Ke Alam Baru)

kali ini cikgu nak cerita sikit berkenaan dengan Katak ni.. atau lebih rasmi dikenali sebagai Frog-VLE (Virtual Learning Environment)...

Dengan persekitaran baru yg lebih mencabar dan pelajar-pelajar yang hebat dalam dunia ICT ini, guru-guru perlu memperkemaskinikan teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran agar pelajar lebih terlompat-lompat belajar di alam baru...

Lompat si katak lompat, lompatlah tinggi-tinggi...

Ini bukan suau tanggapan yang negatif, maafkan saya yang arif... Ini suatu inisiatif yang terkini diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama YTL network untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran berteraskan teknologi maklumat, yang mana setiap guru akan mempunyai blog Frog-VLE tersendiri dan setiap subjek ada laman blognya tersendiri...

Pelajar pula akan diberikan id dan password, yang mana pelajar akan mengakses ke portal Frog-VLE dan dapat berinteraksi dengan guru secara maya, membuat homework secara maya, menghantar homework di talian internet dan belajar serta mendownload nota di internet...

Pendek kata, semua kemudahan pembelajaran yang berteraskan manusia (maksudnya semua nota dan latihan cikgu sendiri yg create), bukan perisian pintar yg stereotaip... oleh yang demikian, guru-guru boleh mencadangkan video interaktif, nota, slaid dan sebagainya dengan mudah... dan pelajar juga dapat berhubung dengan guru dengan baik dan dapat diakses melalui internet di rumah. Sangat baguuuuuslah VLE ni!!!

Walaubagaimanapun, ada beberapa kekangan yang dilihat menjadi penghalang kepada kelancaran projek transformasi pendidikan ini.Kekangan yang paling utama ialah terdapat pelajar yang tidak mendapat akses internet di rumah. Oleh yang demikian, pelajar ini hanya boleh mengakses portal FROG-VLE di sekolah sahaja. Selain itu, guru-guru juga ada yang tidak begitu mahir menggunakan teknologi IT, menyebabkan banyak bahan bantu mengajar tidak dapat dikongsikan bersama pelajar. Huhuhuuuuu...

Oleh yang demikian, cadangan cikgu untuk semua yang akan menikmati kemudahan portal ini, gunakanlah dengan sebaik mungkin untuk meningkatkan pengetahuan anda dan kurangkan kekangan dengan mengakses portal ini di mana-mana tempat yang ada jalur lebar percuma atau berbayar...

*Akses portal ni dengan Google Chrome untuk hasil yang terbaik... hehe
Laman AKSES portal juga akan diberitahu oleh guru2 subjek masing2... jangan mare hehe

Friday, May 10, 2013

Hari Guru Bakal Menjelang

Hari Guru bakal menjelang
Tapi jangan lupa hari ibu... Ahad ini 2013

*Post pendek2 ni ada tak mcm twitter?? hehehe My Twitter: SINI