Monday, October 29, 2012

Wasatiyyah dalam bercinta...

*Nabi pernah bersabda, "Janganlah engkau terlalu mencintai seseorang, barang kali suatu saat engkau akan membencinya. jangan pula engkau terlalu membenci seseorang , mungkin suatu saat engkau akan menyayangi dan mencintainya, sesuatu yang baik adalah yang bersederhana saja".

Wasatiyyah... itulah perkataan yang paling tepat aku nak share... Dalam label inspiration dan islamic ni aku ingin mengajak diri aku dan pembaca-pembaca sekalian untuk lebih bersederhana... Kerana penat ar buat sesuatu bagai nak rak kan... last-last kita tak dapat apa yang kita kejarkan...

Sebab tu, hadis nabi sentiasa relevan sepanjang zaman... dalam apa pun yang kita lakukan, kita mestilah berwasatiyyah... Tak kesahlar dari segi beribadat, berfikir mahupun berkawan atau bercinta... Sesungguhnya, kita mesti faham dan tahu had dan batasan pemikiran kita... bila kita banyak sangat berfikir akan sesuatu, kita akan jadi leka dan terlupa yang lain... 

Bila kita terlalu suka akan seseorang misalnya, kita akan sentiasa memikirkan akan si dia... kadang-kadang membuatkan kita jadi leka akan suruhan Allah dan kita alpa untuk mengingati Allah... Sebab itu, senang kata janganlah kita terlalu suka akan seseorang...

Kemudian, terjadi sesuatu hal, kita akan rasa merana sangat-sangat apabila orang yang kita sayang sangat itu berubah sikapnya... Ia akan menjadi benci... Sebab itu, kalau suka kat seseorang dan bercinta, janganlah bercinta sangat-sangat... jangan memberi 100%... Syaitan akan menghasut jiwa-jiwa manusia dan akhirnya, kalau tak jadi... kita yang akan merana seumur hidup...

Sebab tu sayang-sayangku sekalian, pelbagai gejala tidak sihat timbul hasil campur tangan syaitan... Maka perbuatan yang haram terasa sangat manis... Maka manusia terjatuh ke lembah kehinaan... Oleh itu, janganlah terlalu memberi dalam bercinta... 

Inilah yang berlaku kalau kita terlalu memberi.. foto kredit to: http://antaradua.wordpress.com/2009/04/24/malaysia-yang-kucinta/


*Aku dah merasa manisnya bercinta dan merasakan pahitnya bercinta... Pasni memang takkan lar aku memberi sepenuh hati.. Aku akan ikut pesan Nabi s.a.w sebaik-baiknya sampailah aku berjumpa dengan orang yang ikhlas ingin jadi yang halal buatku... amin...

Wednesday, October 24, 2012

Best Moment in My Life

Gambar kredit to: Google Image
 The best moment in my life... wah, tajuk nak gempak... hehe

The best moment in my life ialah apabila aku jumpa dengan seorang gadis... Aku suka dengan sikap dia yang cool, selalu tersenyum dan ada sikit kechemistrian bila aku bersama ngan dia...

Then, aku approach dia... Dia menerima aku dalam hidup dia sebulan kemudian... Rupa-rupanya, dia pun suka kat aku gak.. kitorang pun menjalinkan hubungan yang akrab... hanya perasaan jer ok, tak pernah nak sentuh dia... sebab aku hormat dia sebagai wanita...

Aku suka lihat dia.. entah aku pun tak tahu.. One moment, dorang buat pementasan teater (kena paksa sebab kokurikulum berkredit)... then, aku datang tengok... Masa aku nak blah tu, aku masuk balik dan aku lihat dia mencari-cari sesuatu... Apabila dia pandang aku, dia senyum dan buat 'peace'... aku rasakan dia pun suka kat aku sangat... (masa ni blum declare lagi)

Pastu, hari jadi dia, aku bagi hadiah (sebelum 12 tgh malam hari jadi dia haha)... malam masa hari jadi dia, dia kena bantu krew teater kat dewan kuliah... Then, habis jer teater aku jumpa dia kat luar... dia melemparkan satu senyuman yang paling manis... aku rasa itulah best moment aku dalam dunia ni... sebelum ni aku tak pernah faham erti cinta... Kini barulah aku tahu apa itu arti cinta.

Masa hari jadi aku, dia berikan hadiah yang sangat bermakna, aku sangat hargainya... sempat gak ajak keluar makan... dating kat kedai makan, dengan kawan2 sumer... indah betul dunia aku masa tu...

Kemudian, cuti sem... aku balik kampung aku, dia pun balik kampung dia (yerlah takkan dia nak terperuk kat UTHM plak).. hahaha... Masa tu aku mesej2 ngan dia, dia busy jaga opah dia... aku cuba faham.. tapi, ada satu masa aku tak boleh nak faham, aku mesej yang bukan2...

Naik semester baru, aku bagai berjumpa dengan dia yang baru... dia tak endahkan dah aku... aku pandang dia, tapi dia melemparkan renungan benci kat aku... pastu kami satu kumpulan dalam satu subjek... satu hari tu aku tanya dia dengan baik pasal assignment, dia hamburkan aku dengan nada marah dan sangat geram... dua kali dia cakap ngan aku dengan nada tinggi macam tu... Hurm...

Aku tak tahulah, selama ni aku menaruh harapan sebab aku jumpa dengan orang yang aku minat sangat-sangat... Tiba-tiba dia berubah seperti menjadi orang lain terhadap aku... Masa aku present pun dia taknak pandang depan, jeling2 marah dan buat kerja lain... Hurm... Lantak kau lah pompuan... aku pun dah malas dah...

Mungkin aku yang bersalah dalam kes ni, takper, aku akan kuatkan kakiku berdiri dan terus melangkah membuat assignment dan ujian dengan jayanya.. aku akan buktikan yg aku boleh dapat perfect dalam Sem ni... Aku rasa tercabar dan marah, tapi aku tak pernah nak salahkan dia... semuanya aku salahkan diri aku sendiri...

Biarkan sahaja ianya berlalu, mungkin aku tak sesuai dan tak layak untuk dirinya, tapi aku harap dia akan berjumpa dengan orang yang boleh membimbing dia ke jalan yang diredhai ALLAH...

Akanku abadikan kenangan terindah ini dalam lubuk hatiku (kesian kan?? Umur dah 28 baru nak belajar bercinta)... dan aku mesti cari moment lain yang lebih indah dari kenangan ini... huhu...

Monday, October 22, 2012

Buat Baik Berpada-pada, Buat Jahat Jangan Sekali

Di sisi gelap ini aku belajar...

Mak aku pernah berkata, Nizam anakku...

"Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali"

Kini aku sudah semakin mengerti pesanan mak aku tu... Hurm, buat baik sangat pun susah juga kan... Bukannya orang hargai pun... Lagi baik kita, lagi suka orang nak pijak-pijak kepala kita... Orang bukannya faham pun erti silaturrahim... Buruk sangka lebih banyak daripada baik sangka..

Then, once aku terbuat satu perkara yang 'jahat' tanpa disedari... (bukan jahat tang tu k, ni jahat mulut jer berkata-kata), maka segala benda baik yang aku buat sebelum ni sirna dari pemikiran dorang... Aku bukan apa, aku dah tak kesah pun... aku cuma tak boleh maafkan diri aku sendiri bila dia marah-marah, tarik muka benci kat aku walaupun hanya dengan aku memandangnya... Apa teruk sangat ker muka aku sampai orang taknak senyum dah kat aku??

Hurm... lagipun, bila baik sangat, ada plak kawan yang mengongkong hidup aku... aku nak pergi mana-mana ker, aku nak keluar ngan sapa ker, suka hati akulah... takkan sumer pun nak kena bagitau?? Bapak aku pun tak pernah pun amek tau... last2, aku dah lemas ngan pertanyaan dia.. selagi tak jawab selagi tu dia tanya kan... aku pun jawab,"aku g langit ke tujuh." Hahaha... best tak jawapan aku???

aku rasa umur aku makin meningkat, makin banyak yang aku belajar dari pengalaman sendiri... Aku matang dengan pengalaman sendiri tapi tak dapat nak belajar dari pengalaman orang lain... Kira aku masih lagi kurang bijaksana sebab kena lalui peristiwa pedih menusuk jiwa baru aku belajar...

Hmmm... dugaan banyak sangat sem ni.. Harap-harap aku dapat tempuh dengan hati waja.. tinggal lebih kurang dua bulan jer lagi nak abes pun... 

Biarlah aku terus begini... aku akan cuba buat jer tatau pasal perasaan hati ni... Persetankan sahaja semuanya, aku sedar aku ni tak pandai berkawan... Biar aku dalam dunia aku sendiri... Biarkan sahaja aku sebegini... Biarkan biarkan biarkan berlalu... buatlah buatlah buatlah tak tahu...

(Esok nak present pentaksiran dengan olahraga pulak... hurm.. banyak lagi assignment tak setel ni...)

Dua Jam Lagi...

Dua jam jer lagi... dah macam tajuk drama dah... hehehe

Sebenarnya, dua jam jer lagi aku ada sebelum masuk kelas... Hari ni kelas Sekolah dan Masyarakat ada presentation... Cik Siti Nurul dan kawan-kawannya yang akan present... Kelas 11-1, kemudian rehat sejam untuk solat dan mamam tengahari...

Kul 2-4 Kajian Tindakan, 4-6 Pengurusan Bengkel... Hari ni memang betul Moday Blues... Sebabnya semua kelas ada assignment yang perlu dihantar... huhu...

Di samping mengudpate blog ni, sebenarnya aku ngah bertungkus lumus menyiapkan assignment lagi.... hehehe... pemalas betul kan???

Rutin seharian di Parir Raja ni, pagi2 bangun siapkan assignment, pastu sarapan.. masuk kelas.. buat assignment balik... tido... celik2 buat assignment lagi... assignment assignment assignmnt!!! Huhuhuhu... tak berenti
Image credited to: http://sakurayaki.blogspot.com

Sunday, October 21, 2012

Kehidupan Sebagai Seorang Pelajar

Nizam GTZ kini telah menyambung pengajiannya di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dalam jurusan Diploma Pendidikan (Lanjutan)...

Agak berat sebenarnya setelah lama bertugas di sekolah-sekolah, kemudian kena sambung balik belajar, namun aku teruskan jua hasrat untuk sambung belajar demi perjuangan mendidik anak bangsa... hehehe

Picture credited to http://psychologicallyrelevant.blogspot.com/2010/09/forget-what-you-know-about-good-study.html


Setelah lebih setahun tak update blog, kini aku cuba memeriahkan dunia blogger ni balik... apakah khabar kawan2 blogger kat luar sana agaknya?? Hmm... Oleh sebab kini terlalu banyak sangat assignment yang kena buat, so memang susah lar nak update blog ni... huhu

Takper, aku cuba cari masa untuk update kisah2 kami sebagai pelajar DPLI yang agak sibuk tapi meriah... Bayangkan macam minggu ni jer, kena pergi ke ADTEC (Pusat Latihan Teknologi Tinggi) Batu Pahat buat lawatan, pastu kena pergi Town and Gown UTHm dkt dataran Penggaram Batu Pahat... Skrg kena sambung buat 4 assignment yang kena submit minggu depan.. eh? 6 sebenarnya.. Arghhh!!! lupa dah... hahaha

Takper, dengan usaha dan sokongan rakan sekelas dan sepengajian, akanku kuatkan kaki ini melangkah lebih jauh lagi demi perjuangan di medan ilmu ini... Moga aku terus tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan hidup ini...