Monday, May 31, 2010

Catatan Kembara Nizam Jamal

Sudah lama aku memasang angan-angan ingin mencoretkan entri berbahasa melayu di ruangan blog ni, namun aku risau jika ada orang yang tidak setuju.... Aku sudahpun memiliki sebuah blog berbahasa melayu (sebenarnya 5 buah), namun hasrat di hati ini hanya mahukan blog ini sahaja yang aktif, walaupun pernah berlaku perkara buruk di dalamnya.

Setelah mengambil semua langkah berjaga-jaga, aku teruskan hasrat di hatiku tanpa menoleh kebelakang lagi (tanpa memikirkan masa depan)... Aku harap tindakan aku mencampur adukkan blog ini dalam bahasa melayu dan ingeristidak mendapat tentangan dari semua pihak (cheh, macam popular plak ko ni)...

Sebermula ceritera, Nizam Jamal adalah diri aku sendiri, tiada kaitan dengan orang lain. Dalam hidupnya, hanya ada Dia, murid-murid, sekolah, tuisyen, dan kaum kerabat. Nizam Jamal merupakan seorang yang berperwatakan bersahaja dan biasa, namun hatinya cepat terasa (macam pompuan dah). Dia juga merasakan sudah tiba masanya untuk dia memulakan suatu pengembaraan setelah dia sedar yang dirinya perlu untuk mengembara demi mencari satu jawapan bagi sebuah teka-teki yang dia tdak dapat merungkaikan (macam da vinci code lah kunun).

Semenjak dari kecil, Nizam Jamal sering terigau-igau untuk memulakan sebuah pengembaraan. Dari igau-igauan ianya menjadi anga-angan yang selalu dia bayangkan. Gembira sungguh hati dia tidak terkira apabila diberi peluang mengikuti Rombongan Sekolah (Sekolah Rendah) ke Cameron Highlands.... Dia merasakan inilah saat-saat yang ditunggu-tunggu untuk dapat mengembara bersama rakan-rakan sekolahnya.

Namun, Nizam Jamal merasa hampa. Dia kecewa yang teramat sangat apabila ibunya tidak membenarkan dia mengikuti lawatan tersebut tanpa alasan yang jelas.....

Nizam Jamal termenung sendirian. Dia sedih memikirkan nasibnya yang tidak sama dengan rakan sebayanya. Sudah berkali-kali ibunya tidak membenarkan dia mengikuti lawatan, walaupun lawatan ke tempat yang dekat seperti di Ayer Keroh. Namun, angan-angannya tidak mati begitu sahaja. Saban malam pasti dia akan tersenyum sendirian apabila membayangkan dirinya mengembara ke lembah yang tandus dan gersang mahupun ke gurun salji yang luas (terpengaruh National Geographic ni).

Dari angan-angan ianya menjadi impian, dari impian ianya menjadi cita-cita... Akhirnya Nizam Jamal beransur dewasa. Namun cita-citanya itu tidak berkubur dengan usianya, malah ianya makin kuat mendesak agar dia meneruskan impiannya itu.

Kini, tiba masanya untuk dia melaksanakan hasrat hatinya itu apabila cuti pertengahan penggal persekolahan berlabuh nanti... Dia menggenggamkan tangannya ibarat menggenggam segunung harapan untuk melaksanakan impiannya. Adakah dia berjaya memenuhi cita-citanya dan ke mana hala tujunya nanti???

2 comments:

  1. i prefer you to write in english :)

    ReplyDelete
  2. Ulps... huhu... erm...

    next entry will be in English.. promise...

    ReplyDelete

Sila komen dengan berhemah.. Terima kasih