Wednesday, May 15, 2013

Selamat Hari Guru…

Kepada semua guru, Selamat Menyambut Hari Guru Se-Malaysia 16 Mei 2013… Guru merupakan seorang yang memegang profesyen yang sangat penting, kerana jika tersilap seorang guru, maka rosaklah satu generasi… Oleh iti, guru mestilah menjadi tonggak yang sangat penting dalam sesebuah masyarakat…

sekolah

 

Guru ialah pembimbing dan pendidik yang menerangkan tentang ilmu dan kehidupan…

Guru ialah pembela dan pejuang dalam meningkatkan akhlak, emosi dan rohani pelajar-pelajar…

Guru ialah agen perpaduan yang menyatupadukan pelajar-pelajar berbilang kaum

Guru ialah pengasuh yang perlu menunggu pelajar dari pagi sampailah habis aktiviti petang

Guru ialah polis yang mengawal dan mengajar pelajar dengan disiplin.

Guru ialah pemimpin dan pengurus yang menguruskan sesebuah bilik darjah

Guru ialah agen perubahan yang dapat mengubah mentaliti masyarakat ke arah kejayaan

Guru ialah pengawal dan pemeriksa yang perlu berjaga malam menyiapkan laporan, menanda buku, markah dan PBS

Pendek kata, guru mestilah menjadi lilin yang sebenar… menerangi kegelapan hati pelajar-pelajar agar menjadi insan berguna…

DSC00607DSC01038DSC01067DSC01089DSC01275DSC01342

DSC01544DSC01633

Gambars: Warna-warni perguruan… *Klik gambar untuk melihat gambar yang lebih besar…

No comments:

Post a Comment

Sila komen dengan berhemah.. Terima kasih