Kepada semua guru, Selamat Menyambut Hari Guru Se-Malaysia 16 Mei 2013… Guru merupakan seorang yang memegang profesyen yang sangat penting, kerana jika tersilap seorang guru, maka rosaklah satu generasi… Oleh iti, guru mestilah menjadi tonggak yang sangat penting dalam sesebuah masyarakat…
Guru ialah pembimbing dan pendidik yang menerangkan tentang ilmu dan kehidupan…
Guru ialah pembela dan pejuang dalam meningkatkan akhlak, emosi dan rohani pelajar-pelajar…
Guru ialah agen perpaduan yang menyatupadukan pelajar-pelajar berbilang kaum
Guru ialah pengasuh yang perlu menunggu pelajar dari pagi sampailah habis aktiviti petang
Guru ialah polis yang mengawal dan mengajar pelajar dengan disiplin.
Guru ialah pemimpin dan pengurus yang menguruskan sesebuah bilik darjah
Guru ialah agen perubahan yang dapat mengubah mentaliti masyarakat ke arah kejayaan
Guru ialah pengawal dan pemeriksa yang perlu berjaga malam menyiapkan laporan, menanda buku, markah dan PBS
Pendek kata, guru mestilah menjadi lilin yang sebenar… menerangi kegelapan hati pelajar-pelajar agar menjadi insan berguna…
Gambars: Warna-warni perguruan… *Klik gambar untuk melihat gambar yang lebih besar…
kali ini cikgu nak cerita sikit berkenaan dengan Katak ni.. atau lebih rasmi dikenali sebagai Frog-VLE (Virtual Learning Environment)...
Dengan persekitaran baru yg lebih mencabar dan pelajar-pelajar yang hebat dalam dunia ICT ini, guru-guru perlu memperkemaskinikan teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran agar pelajar lebih terlompat-lompat belajar di alam baru...
Lompat si katak lompat, lompatlah tinggi-tinggi...
Ini bukan suau tanggapan yang negatif, maafkan saya yang arif... Ini suatu inisiatif yang terkini diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama YTL network untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran berteraskan teknologi maklumat, yang mana setiap guru akan mempunyai blog Frog-VLE tersendiri dan setiap subjek ada laman blognya tersendiri...
Pelajar pula akan diberikan id dan password, yang mana pelajar akan mengakses ke portal Frog-VLE dan dapat berinteraksi dengan guru secara maya, membuat homework secara maya, menghantar homework di talian internet dan belajar serta mendownload nota di internet...
Pendek kata, semua kemudahan pembelajaran yang berteraskan manusia (maksudnya semua nota dan latihan cikgu sendiri yg create), bukan perisian pintar yg stereotaip... oleh yang demikian, guru-guru boleh mencadangkan video interaktif, nota, slaid dan sebagainya dengan mudah... dan pelajar juga dapat berhubung dengan guru dengan baik dan dapat diakses melalui internet di rumah. Sangat baguuuuuslah VLE ni!!!
Walaubagaimanapun, ada beberapa kekangan yang dilihat menjadi penghalang kepada kelancaran projek transformasi pendidikan ini.Kekangan yang paling utama ialah terdapat pelajar yang tidak mendapat akses internet di rumah. Oleh yang demikian, pelajar ini hanya boleh mengakses portal FROG-VLE di sekolah sahaja. Selain itu, guru-guru juga ada yang tidak begitu mahir menggunakan teknologi IT, menyebabkan banyak bahan bantu mengajar tidak dapat dikongsikan bersama pelajar. Huhuhuuuuu...
Oleh yang demikian, cadangan cikgu untuk semua yang akan menikmati kemudahan portal ini, gunakanlah dengan sebaik mungkin untuk meningkatkan pengetahuan anda dan kurangkan kekangan dengan mengakses portal ini di mana-mana tempat yang ada jalur lebar percuma atau berbayar...
*Akses portal ni dengan Google Chrome untuk hasil yang terbaik... hehe
Laman AKSES portal juga akan diberitahu oleh guru2 subjek masing2... jangan mare hehe